Alumni Ansara Balik Pulau

Alumni Ansara Balik Pulau

Laman komuniti Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang. Tiada kerja rekabentuk, sebaliknya menggunakan tema standard yang sedia ada dalam pakej Drupal CMS. Tugas kami hanya menyesuaikan warna, memasukkan logo dan banner di bahagian atas laman sahaja. Selain itu kami memasukkan modul-modul yang diperlukan. Modul yang digunakan adalah seperti forum, data peribadi, pesanan peribadi dan modul kandungan privasi di mana hanya pengguna berdaftar sahaja boleh membaca semua kandungan. Kandungan yang tidak ditanda privasi boleh dilihat oleh umum. Modul untuk album juga akan dimasukkan kemudian. Buat masa ini laman ini tidak begitu aktif dan tidak memerlukan banyak modul.

LAMAN DEMO DRUPAL
Sila ke www.randukbenua.com untuk mencuba CMS (Content Management System) Drupal yang mudah. Drupal memiliki pelbagai modul yang ringkas dan kompleks untuk sebarang jenis laman sama ada untuk e-commerce, komuniti atau kegunaan peribadi dan keluarga.

Sila cuba DEMO di sini.