Profil Randuk Benua

Randuk Benua (IP.0251807) ditubuhkan oleh gabungan pereka grafik, webmaster dan usahawan muda dari Malaysia bagi memberikan perkhidmatan rekabentuk grafik, laman web dan hosting. Mengambil kesempatan perkembangan teknologi internet Randuk Benua mampu memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan tidak kira di mana mereka berada. Randuk Benua telah mengambil alih www.logowaves.com yang telah memberikan khidmat rekabentuk logo kepada pelanggan dari serata pelusuk benua seperti Amerika dan Eropah. Randuk Benua memberikan peluang kepada semua usahawan Malaysia terutamanya bagi peniaga kecil untuk bersaing dengan syarikat lebih besar dengan menawarkan perkhidmatan grafik yang berkualiti. Memahami akan kepentingan jenama dan penjenamaan kami menyediakan pakej yang mampu dimiliki oleh perniagaan kecil dan baru. Perniagaan secara online adalah salah satu kepakaran yang kami miliki dan kami sedia berkongsi dengan anda. Jangan ketinggalan dalam era internet dan perniagaan tanpa sempadan ini. Jika suatu masa dahulu telefon mudah alih diperkenalkan dan menjadi satu alat bantuan dalam perniagaan kini, laman web telah menjadi satu keperluan. Untuk "hosting" sila kunjungi laman www.HostWaves.com. Selain itu Randuk Benua juga terlibat dalam pengeluaran produk herba, rekabentuk label dan pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.

RANDUK BENUA
No. 44A Lgk. Meru Permai 2
Bandar Meru Raya
50020 Ipoh, Perak
Malalysia

05.5272.485 | 012.9026.279