Grafik & Percetakan
Perkhidmatan Rekabentuk Grafik & Laman Web
Perkhidmatan Rekabentuk Grafik
Dapatkan perkhidmatan yang bertaraf profesional, hasil kerja berkualiti tinggi dengan kadar yang sederhana dan murah. Kami memahami keperluan anda dan kami juga prihatin dengan pelbagai kos yang terpaksa anda tanggung bagi memulakan perniagaan. Jangan gadai potensi dan peluang untuk berjaya dalam perniagaan semata-mata kerana peruntukan yang kecil. • Logo • Ikon • Simbol Perniagaan • Label dan Pembungkusan • Risalah • Poster • Illustrasi • Grafik untuk Web • Animasi • Cover •
Perkhidmatan Rekabentuk Laman Web
Rekabentuk dan pembangunan laman web menggunakan CMS Drupal yang memenangi anugerah terbaik peringkat keseluruhan "Open Source CMS by Webware 100 Award 2007". Dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa, Drupal amat sesuai untuk laman peribadi, laman komuniti dan perniagaan. Laman Web • Laman Perniagaan • Peribadi dan Keluarga • Blog • Forum • Komuniti • Portal • E-Commerce •
Perkhidmatan Hosting & Pendaftaran Domain
Pelbagai pelan yang mampu dimiliki oleh semua dan sesuai untuk laman peribadi atau perniagaan. Matlamat kami di www.HostWaves.com adalah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga rendah dan sederhana disamping memudahkan anda dengan bantuan teknikal. Pakej yang fleksibel dengan pelbagai ciri lengkap untuk anda memulakan pembinaan laman web. Pendaftaran Nama Laman (Domain Name) • Hosting Di HostWaves.com •
Perkhidmatan Fotografik - Digital Editing
Jika anda mempunyai imej atau foto digital yang ingin dibaiki atau diedit supaya lebih menarik sila emailkan kepada kami. Gambar perkahwinan atau gambar nenek moyang yang usang boleh kami baik! Kami bersedia untuk menghasilkan gambar untuk produk, pembungkusan, label, cover atau sebagainya. • Fotografi • Edit Gambar • Imej Digital • Manipulasi • Baikpulih Gambar •
Profil Randuk Benua

Randuk Benua (IP.0251807) ditubuhkan oleh gabungan pereka grafik, webmaster dan usahawan muda dari Malaysia bagi memberikan perkhidmatan rekabentuk grafik, laman web dan hosting. Mengambil kesempatan perkembangan teknologi internet Randuk Benua mampu memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan tidak kira di mana mereka berada. Randuk Benua telah mengambil alih www.logowaves.com yang telah memberikan khidmat rekabentuk logo kepada pelanggan dari serata pelusuk benua seperti Amerika dan Eropah.
Randuk Benua memberikan peluang kepada semua usahawan Malaysia terutamanya bagi peniaga kecil untuk bersaing dengan syarikat lebih besar dengan menawarkan perkhidmatan grafik yang berkualiti. Memahami akan kepentingan jenama dan penjenamaan kami menyediakan pakej yang mampu dimiliki oleh perniagaan kecil dan baru.
Perniagaan secara online adalah salah satu kepakaran yang kami miliki dan kami sedia berkongsi dengan anda. Jangan ketinggalan dalam era internet dan perniagaan tanpa sempadan ini. Jika suatu masa dahulu telefon mudah alih diperkenalkan dan menjadi satu alat bantuan dalam perniagaan kini, laman web telah menjadi satu keperluan. Untuk "hosting" sila kunjungi laman www.HostWaves.com.
Selain itu Randuk Benua juga terlibat dalam pengeluaran produk herba, rekabentuk label dan pembungkusan. Hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Perkhidmatan Rekabentuk Grafik Malaysia

Jangan ketinggalan dalam membina imej jenama perniagaan anda kerana ia sangat penting dalam persaingan pernigaan era kini. Syarikat kecil, perseorangan atau perkongsian yang mempunyai peruntukan terhad tidak perlu gusar lagi. Kami ada penyelesaian khusus untuk usahawan seperti anda. Randuk Benua menawarkan pelbagai perkhidmatan rekabentuk grafik, logo, laman web dan seumpamanya khusus untuk peniaga kecil atau mereka yang baru memulakan perniagaan.
Dapatkan perkhidmatan yang bertaraf profesional, hasil kerja berkualiti tinggi dengan kadar yang sederhana dan murah. Kami memahami keperluan anda dan kami juga prihatin dengan pelbagai kos yang terpaksa anda tanggung bagi memulakan perniagaan. Jangan gadai potensi dan peluang untuk berjaya dalam perniagaan semata-mata kerana peruntukan yang kecil.
Kita semua sedar kepentingan membina imej jenama terutama bagi usahawan muda dan perniagaan kecil dalam menghadapi persaingan yang serba hebat. Kita juga sering mendengar syarikat gergasi berbelanja berpuluh ribu ringgit hanya untuk mencipta logo baru dan beratus ribu pula untuk penjenamaan yang lengkap. Perlukan anda berbuat demikian? Jawapannya sudah tentu YA kerana peruntukan bukan lagi halangan jika anda memilih kami.
Mengapa Pilih Kami
Randuk Benua adalah sebuah syarikat yang dibentuk oleh gabungan tenaga kreatif pereka grafik, jurugambar dan webmaster yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang terutamanya rekabentuk logo dan grafik, percetakan dan juga penjenamaan. Kemahiran dan pengalaman yang ada kami gabungkan untuk memberi khidmat kepada semua usahawan kecil Malaysia sebagai persediaan menghadapi cabaran yang tiada sempadan di era digital ini.


